VIP TICKET
MANAGE DIABETES WITH DR JUE (MYDJ)
30 Nov. 2024
MIDLAND CONVENTION CENTRE (MCC)
TERMA & SYARAT :
- Dengan mengesahkan borang ini, pihak penganjur menerima bahawa anda bersetuju dengan semua perjanjian yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
- Sebarang pengembalian wang tidak akan diterima oleh pihak penganjur selepas pendaftaran telah dilakukan.
- Program ini hanya boleh disertai oleh peserta yang berumur 18 tahun dan ke atas sahaja.
- Sebarang pertukaran tidak dibenarkan sekiranya pihak peserta memaklumkan pihak penganjur secara bertulis pada bila-bila masa sebelum program dan dalam tempoh 14 hari selepas pendaftaran program.
- Peserta hanya dibenarkan untuk menaiktaraf “Upgrade” daripada pakej yang rendah kepada pakej yang lebih tinggi. Peserta tidak dibenarkan menuruntaraf “Downgrade” daripada pakej tinggi kepada pakej yang lebih rendah.
- Sekiranya anda tidak dapat menghadirkan diri ke program pada tarikh yang telah ditetapkan :
- Peserta perlu maklumkan kepada pihak penganjur secara bertulis dalam tempoh 7 hari sebelum program.
- Peserta DIBENARKAN untuk hadir program yang sama dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh pendaftaran. Sekiranya peserta tidak hadir selepas tempoh 6 bulan (seperti yang telah ditetapkan), pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab dan semua bayaran yang telah dibuat kepada pihak penganjur TIDAK akan dikembalikan seperti yang telah dinyatakan di (2).
- Peserta DIBENARKAN untuk menggantikan nama peserta (seperti yang telah diisi di borang pendaftaran) kepada peserta yang lain dengan syarat permohonan tersebut dibuat secara betulis selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh program bermula.
PEMBAYARAN
- Peserta dibenarkan untuk menunda program atau pakej yang sama dalam tempoh 6 bulan sahaja sekiranya peserta telah membuat bayaran penuh mengikut pakej yang ditawarkan dan peserta perlu maklumkan kepada pihak penganjur secara bertulis.
- Yuran penyertaan program adalah mengikut kepada harga dan pakej semasa sekiranya peserta tidak membuat bayaran penuh mengikut jangka masa yang telah ditetapkan. Peserta jelas bahawa peserta tidak berpeluang untuk mendapat harga promosi seperti yang ditawarkan ketika borang ini telah ditandatangani.
- Segala pembayaran yang telah dibuat kepada plhak penganjur untuk tujuan penyertaan program yang telah didaftarkan TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.
- Peserta perlu membayar harga keseluruhan pakej mengikut harga yang telah ditawarkan mengikut tarikh yang telah dipersetujui atas borang ini. Jika bayaran tidak dibuat mengikut tempoh yang telah ditetapkan penyertaan peserta akan terbatal.
SILA BACA DENGAN TELITI TERMA DAN SYARAT BERIKUT, DAN PASTIKAN ANDA MEMAHAMI KESEMUANYA. PROGRAM KAMI BERTUJUAN UNTUK MEMBANTU ANDA BERKONGSI DENGAN LEBIH RAMAI PESAKIT DAN TIDAK MENJANJIKAN SEBARANG JAMINAN. ADALAH PENTING UNTUK ANDA MEMBACA KESEMUA TERMA DAN SYARAT BERIKUT KERANA KAMI PERCAYA KETELUSAN ADALAH PENTING DAN KAMI MELETAKKAN DIRI KAMI DI TAHAP INTEGRITI YANG TERTINGGI.
PEMBABITAN
1. D’Jue Wellness Sdn Bhd adalah pembekal perkhidmatan (“Pembekal”) bagi produk dan/atau servis yang dinyatakan dalam Perjanjian ini.
2.Dengan menandatangani Borang Pendaftaran ini, anda bersetuju bahawa borang tersebut, beserta semua Terma dan Syarat membentuk satu kontrak antara anda dan Pihak Pembekal.